♥Selamat datang ke blog Ewan♥

Friday, 22 January 2016

Suntikan Typhoid...

Assalamualaikum...

Pengalaman Ewan masa nak kerja masa cuti semester , first time ewan tau kalau nak kerja KFC mula-mula kita kena suntik dengan suntikan Typhoid dulu. Biasa la, pertama kalinya kerja tempat makanan..

Bagi mana-mana industri pengendalian makanan ia amat penting untuk dilakukan sebab suntikan ni bagi mencegah sebarang jangkitan yang boleh menjejaskan tubuh badan dan organ-organ dalaman ketika operasi...


Gambar Hiasan

Ada 2 jenis vaksin anti-typhoid:
 i. Berbentuk pil
ii. Vaksin (Yang diberikan melalui suntikan)

Namun, penggunaan vaksi suntikan amat popular di Malaysia berbanding dengan penggunaan pil..

So mana-mana kawan yang bekerja dalam bidang pengendalian pemakanan tu jangan lupa ya ambil vaksin ni..

Assalamualaikum..

Thursday, 21 January 2016

Tak malu ka ?

Assalamualaikum ..
Mata degil tak nak tidur , so singgah kejap la blog ni 

Biasa masa ni ewan suka jadi 'silent reader' je at Twitter , Facebook and macam-macam la. Kadang sedih gak tengok bila ada individu yang suka sangat post status / moment pasal masalah keluarga dia sendiri. Tak malu ka ? Tak malu ka kalau ada kawan sekelas, sejiran or sekampung baca and tau masalah tu ?? Silap-silap bole buat malu nama keluarga ja..

Padahal masalah tu remeh ja setakat mak marah sebab tak basuh pinggan, bukan larang post tapi kalau nak post tu biar la sesuai tak de la detail sangat maklumat diri. Ni tak kalau bole semua benda nak bagi tau orang "Tinggal sorang la at rumah malam ni" kadang siap add location haha tu yang masalah tu.. 

Kalau korang de kawan macam tu minta tolong nasihat ye, ewan saja share pendapat ewan malam ni. In shaa allah moga di perjauhkan dari perkara buruk, aamiin.

So sampai sini la malam ni, Assalamualaikum ..