Assalam kawan2 :) .. pekabo semua ?? harap2 semua sihat2 ye .. in shaa allah
Malam nie saya nak share pasal asal-usul nama Mersing yang t'letak di Johor .. Wujud nya nama sesuatu tempat b'gantung kepada beberapa sebab , kemungkinan b'punca dari kepercayaan atau cerita2 lisan..
Terdapat 2 versi cerita asal-usul nama Mersing
1. Mersing mendapat nama dari peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh , kerana melakukan kesalahan yang berat .. penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk.Pekerja t'sebut b'nama Amer Singh dan nama nya menjadi t'kenal di kawasan t'sebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali sebagai Mersing
2.Peristiwa seorang dara b'nama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang b'nama Awang.Oleh kerana Mersing di minati oleh anak penghulu , bapa Mersing memilih anak penghulu sebagai bakal menantu nya . Untuk memisahkan di antara Mersing dan Awang , timbul lah fitnah . Tetapi Awang b'jaya membuktikan kesucian nya dengan dengan menghapuskan fitnah t'sebut . Akhir nya bapa Mersing b'setuju menerima Awang menjadi suami kepada anak nya . Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam rasa menyesal . Dari nama itu lahirnya nama Mersing dan di dendangkan kisah nya dalam lagu Seri Mersing ..
Best kan cerita tu .. maybe akan ada orang kata cerita ni tipu la or pape kan , itu t'letak pada pendirian masing2 .. sebab tak ada paksaan pun untuk percaya cerita nie :)
So kawan2 sampai sini je untuk malam nie .. in shaa allah saya share lagi ye
Selamat malam kawan2 .. Assalamualaikum , semoga semua sihat dan ceria selalu :)
No comments:
Post a Comment